Sudah cukup
cukup sudah, sudah sampai disini saja~~~ lalalala. Cewahhh siap nyanyi lagi.
Almaklumlah hati berbunga bunga. (Apahal berbunga pulak ni. Dah teruk hang ni
ila). Yele ni sume pengaruh cerita rumah tangga kakak2 kat tempat praktikal aku
tuh. Hehe. Gilo. Jeles tengok dyeorang cerita kebahagiaan keluarga masing2. (Eh
eh eh, hang tak bahagia ka?) Idok le cenggitu. Haha. Cerita dyeorang tu buat
aku terasa macam naaakkkk… (Nak ape? Nikah?) hahaha
Hokey hokey
sebelum I merepek jom kite cerita perkembangan terbaru. Actually, puiiihhh jgn
speaking lah. Otak benak dah speaking 5 Sem lepas. Nak dijadikan cerita sudah
cukup cukup sudah ni sebenarnya, harini genap sebulan aku berpraktikal di
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol ni. Nak tau kat mane, korang pandai pandai lah
carik ye. Hehe. Jom cerita camne cerita kat sini setelah sebulan berpraktikal.
Nak tau kecoh tak kecoh, haruk tak haruk and penuh kepura puraan aku. HAHAHA
*evil laugh*
Minggu 1st
11 Jun 2012
– Hari pertama lapor diri nih. Nebes tak nebes mak aku pegi anta sampai dalam
office tu. Dalam ok bukan lua. Menggelabah tak aku. Tak tau sebelum datang asyk
beristighfar je keje aku dlm kete. T_T Apetaknye aku ni cepat kalut sikit.
Skill pura pura tu paling tahap dewa lah. Hahaha
-
Dalam
minggu pertama ni cam bese lah penuh gileeerrrr kepura puraan aku. Lembut je,
cakap pun sopan sopan. I sebenarnye malu. (Ecehhh ila hang pandai ye erti malu
tu.) Aku rase kalau geng bas sekolah aku ade ni mesti dyeorang bahan aku abis
abis kerana sikap dan watak aku tu. Yelahh minggu firstkan. Mestilah bagi
pesonaliti membanggakan sikit. Haha.
-
Lapor
diri – Mula mula aku lapor diri dekat cc Siti Sarah, lepas tu Pn. Siti
merangkap advisor aku. Lepas tu baru lah lapor diri kepada En. Isa (Assistant
Director Officer) kira ketua aku paling besar dalam Unit Pentadbiran ni. Ye aku
diletakkan dibawah Unit Pentadbiran.
Minggu 2nd
18 Jun 2012
– Minggu kedua ni pun aku still dengan sikap polos aku tu. Hahah polos???
Sebenarnye pura pura je lebih. Yelah takkan aku nak tunjuk perangai sebenar,
kang terkejut dyeorang kang. Rileks dulu. Bagi santai dulu. Start diminggu
pertama aku belajar banyak benda. Sebenarnye tak lah bende baru sebab dah
belajar kat UiTM kan. Tapi aku sentiasa menggelabah gile dalam buat keje. Pastu
keje nak gelojoh je. Yelah tak suke tangguh tangguh nih. (Ecehhh ckp macam tak
penah tangguh asimen kat uitm pulak. Dah lah suka buat asimen last minute.) Hehe
Aku diberi
ajaran untuk menyandang tugas sebagai PA (Personal Assistant) bagi DO (Director
Officer). Seronok sebenarnya keje keje PA ni. Aku suke sangat. Yele daripada
aku tercangguk macam hari first aritu , lebih baik aku buat keje. Ye tak? Hehe.
Yang sangat mencabar bagi aku tugas ni time nak jumpa DO. Menggelabah giler
aku. Yele aku kan darah gemuruh. Eceh. Hehe
Minggu 3rd
25 Jun 2012
– Minggu ni pun aku still dengan sikap aku. Pandai tak pura pura hampir
sebulan. Tapi setiap hari asyik tugas yang same je. Buku log aku tu agaknye
kalau boleh bercakap dah cakap dah *apahal je kau asyik tulis bende yg same ni,
nak muntah aku baca.* Bukan kau je Encik buku log, aku pun nak muntah tulis
benda yang same. Hehe
(Kesian Kak
Nora asyik ajar aku yang tak paham paham ni. Benda yang paling susah nak ingat,
‘Kak macam mane nak rekod fail ni?’ Yelah aku ni semenjak ade penyakit ni
ingatan dah tak kuat sangat. Cepat lupaaa. Bukan salah aku, tapi memang effect
penyakit aku nih) T_T
Minggu 4th
2 Jun 2012 –
Ha minggu ni aku dah start sikit tunjuk perangai yang tak polos tu. Hahaha.
Yele minggu ni ramai yang takde. Boleh kate ramai pegi amik pekse naik pangkat.
Sunyi jap tempat tu. T_T Nak dijadikan cerita ketidak polosan aku tu, aku
tunjukkan didepan kak Nadia. Haha. Kelakar. Bukan main banyak lagi aku bercerita
kat Kak Nadia. Pot pet pot pet je keje aku, tapi keje aku sebagai PA tu jalan
okay. Hehe. So kak Nadia dah tau sikit identity aku ni. Haha. Ha lupa, sorang
lagi abang Daus. Dia pun tau dah kepura puraan aku tu sikit. Hehe. Tapi minggu
ni ade kalut sikit depan DO. Malu malu malu. Tulah menggelabah lagi. Terus lah
kak Nadia cakap ‘Ila, kau jangan kelam kabut sangat’ hahaha Baikkkk.
p/s : Semoga
staff yang pergi jawab periksa tu berjaya ^.^ Amiinnn (Kak Nora, Kak Leha, Kak
Su, Kak fiza, Kak Kama, cc Siti, Kak Ida, Kak Dewi, Kak Jas and Abang Fitri)
Minggu ni
jugak 3 orang lagi budak praktikal baru yang masuk. Kali ni aku tanak berpura
pura depan dyeorang. Aku tunjukkan dah perangai sebenar. Hehehe
Itulah cerita
sebulan aku berpraktikal dekat sini. Hehehe. Minggu minggu seterusnya aku dah
malas nak berpura pura. Kalau nak pun sikit jelah. Depan depan orang yang
selalu aku menggelabah je. T_T
p/s: Boleh
dibuat kesimpulan praktikal kat sini memang sangat seronok. Aku suka sangat.
Sumenya baik baik. So tak nyesal lah aku pilih praktikal dekat sini. ^_^
Ecehhh ade gaya PA tak? hehe